Portal Rasmi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)
A- A A+
 

Frequently Asked Question

What is the function of ILMIA?

ILMIA serves as an information centre for labour data and analysis for the Malaysian labour market. At ILMIA, we are responsible for ensuring that data is accurate and up to date as well as facilitating data sharing with users. ILMIA is also the agency responsible for conducting research / studies on the labour market in Malaysia. The results of these studies will be published and used as a guide for policy-making relating to national labour.

What kind of data can be obtained from ILMIA?

Among the data that are available are data on key labour market indicators, supply and demand by economic sectors and NKEAs, average wage according to sectors, and skills by occupation.

Who uses ILMIA Portal?

ILMIA aims to inform users that are government, independent researchers, self-employed and employers, employees, students and public. The ILMIA portal can be used by all categories of user and strives to use language that is simple, non-technical and easily understood by all.

From where does ILMIA source the data that it analyses?

Data sources are obtained principally from several government agencies such as the Department of Statistics, Ministry of Education, Bank Negara Malaysia, the Economic Planning Unit, Ministry of Human Resources and others, including the private sector if made available.

What is the difference between the terms 'Labour Force' and 'Workforce'?

The term 'labour force' refers to all people in Malaysia aged between 15 and 64 years who are at work or unemployed. The 'Workforce' is another category which includes those who do any work for pay, profit or family gain (whether as employer, employee, self-employed or unpaid family worker).

What is the definition of 'Unemployment' and the 'Unemployment Rate'?

  • 'Unemployment' means the population aged between 15 and 64 years in the labour force category who are willing to, and actively looking for, work.
  • 'Unemployment rate' means the number of unemployed compared to the total labour force expressed as a percentage.

What is meant by 'Outside The Labour Force' and how does it differ from unemployment?

'Outside the labour force' refers to those who are not classified as employed or unemployed, such as housewives, students, retirees and those not interested in finding employment. Unemployed, on the other hand, means those who have yet to get a job but are willing to, and actively seeking, work.

Is the unemployment rate in Malaysia better than in other countries?

Overall, the unemployment rate in Malaysia is on average 3.4% (2016). This rate is lower than that in Australia (5.8%) and Brazil (5.6%). Malaysia's unemployment rate is basically stable and some would consider that full employment in the economy has been achieved. Although, in principle, a lower unemployment rate indicates the economy is steady, the unemployment rate will not reduce to zero as there will always be unemployment due to frictions or timing lags, as a result of, for example, employees moving to new jobs or changes in technology.

How can i get hold of books published by ILMIA?

Books and journals published by ILMIA are available online (softcopy) in the publications section. In addition, users can apply in writing or visit ILMIA's office to get printed copies.

Muat Turun

Sila login atau daftar jika hendak memuat turun


  • Daftar Pengguna Portal ILMIA


    Please enter the name!
    Please provide an username!
    Please provide a valid e-mail!
    Retype the e-mail!
    Please enter a password!
    Retype the password!
    Invalid Input
    Invalid Input
    Captcha
    Invalid Input
  • ILMIA Portal Login


  • Mengenai ILMIA

    Mengenai ILMIA

Perutusan Pengarah

Selamat datang ke laman sesawang Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

Malaysia ketika ini sedang menempuh tempoh dan masa yang sangat mengujakan dan mencabar dari segi ekonomi dan juga sosial. Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang berperanan sebagai pemangkin transformasi negara merupakan sebahagian daripada strategi yang diwujudkan untuk membolehkan negara beralih kepada era globalisasi dan seterusnya menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.

Seperti ekonomi peralihan lain, iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, Malaysia mula bersepadu secara perlahan-lahan dengan tahap sosioekonomi global. Globalisasi dan pelbagai prosesnya yang berkaitan seperti pengantarabangsaan perdagangan, pergerakan modal, kewangan dan pelaburan, aliran buruh, dan kemajuan teknologi yang pesat telah memberi impak terhadap pasaran buruh negara kita.

Integrasi negara-negara dalam lingkungan ekonomi dunia membawa bersama potensi pertumbuhan dan kemakmuran dari segi pendapatan yang lebih tinggi, peluang pekerjaan yang lebih baik dan tahap kehidupan yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia menampilkan juga suatu cabaran dalam bentuk krisis ekonomi, ketidaktentuan kewangan, struktur dan autonomi negara yang bertambah lemah, yang akhirnya menjadikan masalah pengangguran, kemiskinan, ketidaksamaan dan ketidakstabilan sosial bertambah buruk. Paul A. Samuelson, penerima anugerah Nobel dan ahli ekonomi Amerika yang terkenal pernah menyuarakan bahawa, “Globalisasi merupakan pedang bermata dua – suatu wahana sangat berkesan yang meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menyebarkan teknologi baharu selain mempertingkatkan tahap kehidupan kepada yang lebih baik di negara kaya mahupun negara miskin. Akan tetapi, globalisasi juga merupakan suatu proses penuh kontroversi yang menggugat kedaulatan negara, menghakis budaya dan tradisi tempatan serta mengancam kestabilan ekonomi dan sosial.” Walau bagaimanapun, dengan kerajaan dan institusi negara yang kukuh dan lebih tersusun, dasar yang mantap dan terperinci, sektor swasta yang dinamik dan tenaga kerja yang mahir, Malaysia berupaya menggembleng diri dan bertindak balas terhadap globalisasi dan seterusnya memanfaatkan pelbagai kesan globalisasi yang positif.

Kami di ILMIA amat berbesar hati dan berasa bangga menjadi sebahagian pemangkin terhadap usaha transformasi dan peralihan negara kepada ekonomi global . Di ILMIA kami akan terus gigih berusaha untuk menyediakan maklumat pasaran buruh yang tepat, relevan dan dibolehpercayaai yang bakal memacu tindak balas dasar yang sewajarnya oleh kerajaan, industri, entiti pendidikan, penyedia buruh dan pihak berkepentingan yang lain untuk menangani perubahan dalam pasaran buruh selain memastikan kesan positif perubahan tersebut memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia. ILMIA sudah pun mengambil langkah bersesuaian mengenai perkara-perkara yang dinyatakan ini menerusi kajian dan penglibatan kami dengan pihak berkepentingan sejak ILMIA ditubuhkan pada tahun 2012.

Institut ini telah pun menyempurnakan kajian terhadap keperluan guna tenaga bagi Perkhidmatan Perniagaan, Pelancongan dan Penjagaan Kesihatan NKEA. ILMIA juga telah memulakan kajian juga untuk membangunkan Pengkalan Gudang Data Maklumat Pasaran Buruh (Labour Market Information Data Warehouse), dan Sistem Bersepadu Tenaga Kerja dan Pembangunan Ekonomi (Manpower and Economic Development Integrated System). Kami telah melaksanakan dengan jayanya Kajian Penyata Guna Tenaga Kebangsaan (National Employment Return, NER) pada tahun 2009 dan 2011 dan kami sudah pun memulakan usaha untuk NER bagi tahun 2014. Kajian-kajian yang masih berterusan yang kami laksanakan termasuklah kajian terhadap Pekerjaan Hijau (Green Jobs) yang dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA); Kajian Membangunkan Kemahiran bagi Inovasi dan Ekonomi Berpendapatan Tinggi (Developing Skills for Innovation and High-Income Economy) yang dijalankan kerjasama Bank Dunia; serta kajian keperluan modal insan bagi wilayah koridor ekonomi Iskandar Malaysia (IM), Wilayah Koridor Ekonomi Utara (NCER), dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Kesemua kajian ini dilaksanakan dengan syarikat perunding tempatan yang telah dilantik.

Sebagai sebahagian strategi untuk menyebarkan hasil penemuan kajian-kajian kami, ILMIA telah berjaya menganjurkan sejumlah simposium, seminar, klinik, bengkel dan membuat pembentangan kepada pelbagai pihak yang berkepentingan. Acara sebegini memberikan peluang kepada ILMIA untuk berinteraksi dan berbincang tentang keperluan permintaan, bekalan dan jurang guna tenaga; keperluan kemahiran; struktur upah dan gaji serta isu-isu lain yang berkaitan. ILMIA senantiasa komited dan bersungguh-sungguh untuk mendengar cadangan dan mendapatkan maklum balas daripada pihak yang berminat seperti majikan dan pihak industri, agensi kerajaan, universiti dan institusi pengajian tinggi lain yang berkaitan dengan pasaran buruh dan isu guna tenaga.

Akhir kata, adalah diharapkan laman sesawang ILMIA ini memaparkan maklumat yang anda perlukan. Saya berharap anda memanfaatkan juga pelbagai sumber dan perkhidmatan yang kami tawarkan. Kunjungilah laman sesawang kami dengan lebih kerap untuk mendapatkan tawaran maklumat dan sumber-sumber terkini kami.

Salam hormat dan terima kasih.

 

Pengarah,

Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh